Pages

Cik Owner

Assalamualaikum dan salam one Malaysia *semangat patriotik itu penting!


To peeps, hulla hulla! Tengok tajuk dah tahu dah saya nak membebel pasai apa? Tak lain dan tak silap pasai diri sendirilah ape lagi.

Izinkan saya memperkenaikan diri hamba yang hina ini...
Nama saya Najwa Syazwani. Umur? Takdelah tua manapon. Baru 16 tahun. Oleh sebab kependekan saya, saya dianggap budak yang pelik kerana memakai kain sekolah berwarna biru muda. Okaylah saya pakai kain, kalau tak pakai pape, tergoda pulak mat bangla. Tinggal di atas muka bumi dan di bawah langit. Sekarang saya belajar di Kolej Vokasional dalam jurusan teknologi pembinaan. Tengok je saya pendek, sependek-pendek saya pon, dalam hati tetap ada jiwa king kong tau! *pinjam nama hewan feymes jap...  Lahir di Hospital Universiti pada 17 April.
Nak bagitau apelagi ek? Dah kahwin ke belum? Opkoslah belum der! Nak kahwin kene tunggu umurlah. Eh, ade ke nak kawen kena tunggu umur? Haruslah der, kene tunggu 25 tahun ke atas baru fikir pasai kawen. Mak suruh tunggu umur. Sayakan anak emak... Couple? Opsss!!! Nak cakap ape ek? No komen! *pinjam statement artis pulak... Hobi saya? Menoreh getah! Haha, takdelah! Mana ada kawasan rumah saya pokok getah, balik kampung baru boleh peluk pokok getah. Hu! Hu! Hobi saya ialah membaca novel dan melayari internet. Kerja sekolah pun terbengkalai. Tu bukan hobi namanyakan? Hehe :) Cite-cite? Masa darjah 1, saya nak jadi Polis tapi tak kesampaian sebab saya tinggi sangatlah pulak. Pastu tukar nak jadi Guru, suara saya terlebih garanglah pulak. Takut budak selalu kencing kat kelas. Tukar lagi nak jadi Peguam, susahlah pulak sebab saya takut berada di pihak yang salah. *baikkan saya? Masuk je form one, saya fikir saya nak jadi Pereka Fesyen tapi... ayah tak kasilah pulak. Dia kate pereka fesyen tak kemana der. Terpaksalah tukar lagi. Keizinan ibu bapakan penting. Sayakan anak emak... *macam dia sorang anak mak dalam dunia ini. Masuk form four, ambik jurusan teknologi pembinaan ni... saya nak jadi Arkiteklah pulok. Akhirnya... dapatkah saya merealisasikan impian saya ni? *fuh, ayat akhir sinopsis novei.
K-POP? K-pop ini memang sinonim dengan saya sebab saya peminat setia Girls Generation dan CN Blue. Kenapa Girls Generation? Hello! Dorang grup awesome okay? Friendly and cheerful gegirls. And why CN Blue? Cause... lagu diorang semua yang touching and kene dengan my soul okay? Lagu dorang unik and so WOW! Tak tahulah nak cakap apa nak promot dorang. Layankan jelah...

My Blog...
Ini tempat saya menyetorikan harian saya, itu pun kalau ade maselah cause saya tak boleh membawa laptop kesayangan saya lagi kiut ini ke asrama. So, jaranglah update der! Berhabuklah belog ini nampaknya. Blog ini juga tempat mengupdate maklumat yang menarik. Insyallah... Jadi sebagai blogwalking korang layankan jelah saya berceloteh. Tulah akibat makan bontot ayam selalu, cakap tanpa henti selaju motor berkuasa tinggi yang ditunggang Valentino.

Moral of the story : They say love is important, but i think oxygen is more important! *takde kene mengene je pon sebenarnya...

The sincerely,
NAJWA SYAZA the blogging queen.