Pages

19 December 2012

Tragedi PMR :)

   Holla there!  Assalamualaikum. Rindu kat my blog. Dah lama tak bukak. Tadi baru vakum my blog. NJ ada cerita ni nak kongsi kongsi kongsi ni.Yahoo!!! NJ tak perlu risau lagi pasal result PMR NJ. My result tak delah gempak manapon. But bolehlah nak bagi hati mak bapak tenang setenang air tasik di tasik bera. My dad jenis yang positive punye orang so dia tak kesah NJ dapat berape sebab die kate NJ dah usaha yang terbaik. Usaha yang terbaiklah sangatkan. Haha. Tulah salah NJ jugak coz NJ tak banyak sangat studi. Kerja NJ hampir setiap hari Online, Chatting, Blogging or Baca NOVEL. Maklumlah NJ-kan Mangsa Internet dan Kaki Novel *nama syarikat tuh!*. Teenage Lifelah katakan. But I still Happy. Cheerlah my result PMR bukan penamat masa depan NJ. SPM yang penting and usaha kite untuk membina diri untuk berjaya dunia akhirat. Insyallah...

   Semalam NJ terbukak hati ni nak bukak FB, nak tumpang sekakilah baca status feeling kekawan NJ yang nak ambek result esok jugak. Ramailah yang tulis pasal feeling dorang ada yang rasa gementar *opkoslah!*, rasa nak pengsan malam tu pun ade *tipu je*. Hish, hish, hish! Dashyat betui demam PMR ni. Virusnye hanya berjangkit pada budak berumur 15 tahun sahaja. My lovely buddy, Anis chat ngan NJ. Dia kate kene pakai baju sekolah. Aduih, malas betullah! Mana NJ campak pon tak tahulah. Kenelah korek nanti. Fening! Fening! Fening!

   Tepat pukul 11 like that keesokkan harinya, my dad balik nak bawak NJ pergi sekolah. NJ pakai baju sek yang NJ dah gosok. Rasa macam nak pergi sekolah balik. Datang je sek, nampak bayang-bayang my geng bas sekolah. Sibuk je dorang tanye my result. Result N pun N tak ambek sebab terlalu gemuruh. Time nak ambek result tu mengigillah jugak nak pegang pen nak tandatangan kat name list yang cikgu suruh NJ turunkan my signature. Waktu sign langung tak de feeling like artis popular menurukan tandatangan pada kertas pon. Jiwaku rasa kosong, kosong, kosongggg... Time pegang slip tu, my dad pernah kate BE POSITIVE. Yang berlalu tu biar asalkan NJ dah usaha sebaik mungkin. Pegang je slip keputusan, first yang NJ tengok ade yang E's for ERROR tak? Kus selamat, takde doi. Nasib yang baik menyebelahi NJ. Baru tengok yang lain.

   Lepas salam dengan cikgu semua, NJ pergilah kat moto vespa My dad.My dad tanye dapat "bape nak?", N ni jenis tak kisah dan muke tak bersalah katelah dapat "3A je pak..." My dad cakap "Okla tuh!" dengan penuh kegedikan. Balik rumah, NJ bagi slip bagi my dad mum tengok. Kemahiran Idup NJ dapat A. Amin.... My dad cakap dah boleh kawen dah. NJ pun cakaplah "Nak!" My mum apa lagi bagi smash 24.24 saat kat kepala NJ. Bertambah pandai kepala NJ jadinya. Tulah gatal lagi.

   Settle satu masalah. Datang masalah lagi. Korang rasa ni masalah tak? NJ dalam dilema. Tak tau nak sek kat kampung belah my mum or not. Atuk NJ berharap sangat NJ dapat sekolah kat sana. Macamana ni ek? NJ bukan apa? NJ tak biasa. Orang kata tak kenal maka tak cintakan? Pilihan kedua kalau NJ tak nak sekolah kampung, sek kat Sek Teknik. Tu pon NJ tak tau dapat ke tak? Hope tak dapat. Jahatkan NJ pada diri sendiri. Orang berpusu-pusu nak Sek tu. NJ pulak tak nak. Pilihan mana yang NJ kene pilih? NJ masih fikir-fikirkannya.

   Anyway, NJ berpuas hati dengan my result takpe tak dapat 8A pun janji NJ ada A jugak daripada takde A. Rezeki NJ tak de nak dapat 8A. Kalau dapat 8A kang, ramai pulak yang jeles. Haha. Kidding babe. Goodbye Baby PMR, Say HELLO SPM! Azam nak dapat straight A's for SPM. Korang doa-doakan jelah. For budak 8A *soorry kalau anda rase bahasa kite terlebih sponge* CONGRATS! Jangan lupe belanja nasi minyak. Ceh! Takde kene mengene langcung. NJ ni banyak mepek kan? Kay, see you next entry. Moga hari esok bertambah ceria. I hope so :') Korang yang tak berjaya, jangan sedih. Work hard lagi kay for SPM. Tak sesabar NJ nak jadi budax 16 tahun. Teenage Life Full of Harm.

NJ xoxo.